Sabtu, Ogos 01, 2009

Ucapan Ismat The Fuhrer : Malaysia Adalah Sebuah Keluarga

Salem sejahtera dan salam keamanan
buat semua saudara-saudaraku
Menulisnya saya di sini bukanlah untuk menghasut atau menjatuhkan mana-mana pemimpin yang ada dalam negara kita yang tercinta ini.
Di sini saya ingin menegaskan pendirian saya tentang perpaduan sesama rakyat Malaysia pada hari ini.

Tuan-tuan yang dihormati sekalian,
Pada hari ini kita mungkin tidak sedar bahawa perpaduan diantara kita semakin hari semakin retak. Mengapa ini harus berlaku??
Mari kita sama-sama fikirkan apakah punca-puncanya.

Tuan-tuan yang dimuliakan sekalian,
Antara punca-punca ini adalah kerana ke"FANATIK"an terhadap parti politik.
Di sini kita dapat lihat di mana disebabkan ketidaksamaan politik boleh mencetuskan pergaduhan, malah apa yang lebih teruk lagi adalah perpecahan masyarakat. INI YANG KITA TIDAK MAHU!!
Nak dijadikan cerita, KISAH BENAR. Di kampung saya terdapat 3 buah masjid, 1 masjid lama yang dijadikan surau tetapi masih mempunyai jemaah(di bawah pengaruh parti A), 1 lagi surau yang dahulunya dijadikan masjid sementara(dulu di bawah pengaruh parti B) dan 1 masjid yang baru dibina berbanding dengan kedua-dua surau itu(juga di bawah pengaruh parti B). Selepas pembinaan masjid baru itu, surau yang dahulunya di bawah pengaruh parti B kini menjadi seperti "pondok buruk". Tiada jemaah yang menghidupkan surau itu lagi, mereka kini mengimarahkan masjid itu sahaja. Tetapi keadaan ketika itu masih lagi aman. Sehinggalah pada tahun 2005 (kalau tidak silap saya), ketika itu saya berada di tempat tuisyen tetapi saya dapat berita dari kawan-kawan saya dan orang kampung sendiri bahawa telah berlaku satu perebutan masjid. Masyallah, masjid pun nak berebut. Di sini berlaku di mana beberapa orang ahli surau parti A cuba merampas masjid itu. Keadaan cukup tegang ketika itu. Tetapi malangnya rampasan itu tidak berjaya. Saya tidak mahu menuduh mana-mana parti, apa yang saya cuba nak tonjolkan di sini adalah ketidak sefahaman politik boleh memecah belahkan masyarakat. Saya nak tambahkan sedikit pasal cerita tadi, orang-orang parti A dan B ini dahulunya kawan baik. Berkawan sejak kecil lagi tapi sekarang saling tuduh-menuduh. Sudah tua pun masih nak gaduh-gaduh lagi. Hentikanlah semua ini, usia dah senja, kubur kata mai, rumah kata pi. Sedarlah sedikit, sesombong,seego,sehebat mana sekali pun kita ini kita tetap mati dengan kain putih juga.
Marilah kita sama-sama saling maaf-memaafkan antara satu sama lain, berkasih sayang sesama kita, tolong menolong, bantu membantu antara satu sama lain.
Takkan hilang darjat kalu kita bersatu padu. Bahkan apa yang akan kita dapat adalah keharmonian, keamanan dan kesejahteraan. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kita sendiri sebagai satu keluarga besar, yakni MALAYSIA.

Tuan-tuan sekalian,
Saya tak kisah Tuan-tuan sekalian nie kaum apa, parti apa, keturunan apa, pangkat apa.
SAYA TAK KISAH!!
Tuan-tuan India ke Melayu ke Cina ke, kulit putih ke kuning ke merah ke hitam ke, Pas ke UMNO ke DAP ke PKR ke, orang kaya ke miskin ke,
SAYA TAK KISAH!!!
SEMUA SAMA JE!
KITA RAKYAT MALAYSIA!
KITA SATU KELUARGA!!
Ayuh saudara-saudaraku sekalian.....
Ayuh kita bersatu padu, bersatu hati,
Mari kita bentuk semula Malaysia ke arah perpaduan dan kekeluargaan
Mari kita hapuskan jurang diantara kita
Ayuh semua
AYUH!

Kepada semua pemimpin Malaysia
Saya sudi berkhidmat untuk masyarakat dan negara saya, MALAYSIA.
Yakni KELUARGA SAYA!!!!

2 ulasan:

[z@ck] berkata...

mari..1 malaysia!

Azi$M@t_BaDU+ berkata...

yeah!....
xnk 1 malaysia
tp 1 keluarga