Rabu, Februari 11, 2009

Pizzalah Pulak

Pesan PIZZA Tahun 2080
Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia

Slamat dtg ke dunia IT.

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850

Operator :
terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu....

Pelanggan :
heloo,saya nak pesan pizza

Operator :
Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan :
OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator :
Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang
Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah :
03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit : anda 016-6666222 ,encik menelefon dari mana ?

Pelanggan :
dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya ?

Operator :
Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan :
Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pekej family

Operator :
Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan :
kenapa pulak ?

Operator :
Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Konsumen :
Jadi awak rekemenkan apa ?

Operator :
Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan :
Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator :
Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan :
Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg sayapesan
tadi?

Operator :
Tapi pekej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan :
Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator :
Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad
Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan :
Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator :
Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan :
Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. berapa lama Pizza akan di hantar ?

Operator :
sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.

Pelanggan :
APA ????

Operator :
Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik ?

Pelanggan :
Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!,

Operator :
Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan :
(Terdiamm....)

Operator :
Ada nak tambah yang lain encik ?

Pelanggan :
Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan ?

Operator :
Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan :
KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA !

Operator :
Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot....

Al-Kisah.....

Al-kisah..... adalah satu kampung ni..nama
kampung ni kampung pinang 18 batang.kat
kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia.
Dalam kampung yang aman ni... ada la sorang
laki ni. Nama dia Ali(nama sebenar). Ali ni orang
gila kat kampung ni. So... ramai la yang pandang
slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia..
nak dijadikan cerita...

Pada suatu hari... si Ali ni gi la masjid nak
semayang jumaat... ey... ni educated nyer orang
gila tau... semayang tak tinggal. Contohi lah dia
ni.
Sedangkan orang gila pun semayang... korang
yang siuman ni pun semayang la gak ek... ok,
sambung citer.

Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la
kan. So... masa dia nak balik tu tetiba dia tengok
selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper
lagi... mengamuk la dia...

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon
masjid tu lalu dia pun berkata: "kepada sesiapa
yang mencuri selipar aku, baik ko pulang
cepat.!!!!!!!..."

Semua orang menjadi takut... ye la... orang gila
kan... memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak
anak bini orang kang... ha... naya.."kepada
sesiapa yang curik selipa kesayangan aku tu...
baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat
seperti mana ayah aku buat!!!" lalu orang yang
curik tu pun pulang la balik.

"lek la bang... gurau jek"

Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius...
muka macam nak makan orang gitu... haa... lalu
budak yang curi selipa dia tu pun blah tanpa
memandang ke arah Ali... takut la tue... lalu tok
imam pun menegur Ali dan bertanya; "kalau dia
tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa
yang ayah kamu lakukan..??" dengan suara dan
wajah yang slamber..Ali pun berkata

"saya balik kaki ayam la tok.."

Ape keHalnye?

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

Kawan Aku Punye Cerita

nie cite dr kwn aku....
aku ambk n paste kt cnie.....

Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau...
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak.
Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus.
Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang
malam makan telur rebus.
Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa
berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku
dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap..
so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak..
akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena
menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah..
akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus
lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus
untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah
kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk
aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas
dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk
dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak
spoilkan 'surprise' isteriku ini.
Aku pun tahan ler...
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..
Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan...
maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi...
Alamak..
ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..
bunyinya PROOOTTT!! ..
fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia...
aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia...
adalah macam bau telur tembelang sikit..
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi...
hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu
surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power
punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan
angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega...
bergegar sikit meja makan dibuatnya...
peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..
sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau
bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab
lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka
kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa
ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku,
adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran
sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? .: habih :.

Sudah Sampai Ipoh Belum?

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya... "Sudah sampai Ipoh belum?". Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidur aje la.. belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pakcik kejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.

Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni."

Pelajar melayu perempuan dirasuk, di mana salahnya dan siapa yang salah...

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.
Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis
melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan
india. Di mana salah nya........

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
Kes histeria di sekolah kat BSB...... Misteri di Asrama Puteri
terjawab!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan
mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di
sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas
membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua
jin itu pun datang dengan
menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan
ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua
jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan
semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu
menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawab! Kenapa gadis
melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati, Tiada
Memikat, Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh,
Tak Mungkin Aku MERASUK..." "Aduhai... kekekeekeeee..."
WORLDDDD!! hhehehe....

Menantu Dan Mentua

MENANTU TERENGGANU: MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG' 4 KILO........NANTI KITO BAYAR

MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH.....

SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI

MENANTU TERENGGANU: LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG' (ubi kentang)... BANYOK-BANYOK NI....

MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang)..... PAH TU KETE MANO PULAKKKK...

MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI 'KETANG'..... HOK ADA SEPIT......(ketam)...

Senario berbeza sekiranya CT berkawin dengan orang lain.

Apakah nama anak perempuan mereka nanti?

1) kalau kawin dgn org Jepun, mereka akn namakan anaknya HONDA SITI

2) kalau Kawin dengan orang media, anaknya nanti bersama PUBLI SITI

3) Kalau kawin dengan developer, anaknya nanti bernama SITI SQUARE

4) Kalau dapat anak kembar, dua2 nanti namanya TWIN SITI

5) Kalau kawin dgn professor, anknya nnti dinamakan UNIVER SITI

6) Kalau kawin dgn pelakon filem Cathay Keris tahun 60an, nama anaknya nnt ialah SITI TANJUNG PAHANG

7) Kalau kawin dengan Menteri Pelancongan, nama anaknya nnt ialah SITI SITI MALAYSIA....

8) Kalau kawin dgn org TNB, anaknya nanti bernama ELEKTRIK SITI...... just 4 fun k

Khamis, Februari 05, 2009

Perbincangan Antara 2 Genius!

Mengisahkan 2 sahabat.. sorg SAM sorg DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh
bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah
minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6
ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas?
Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati
dalam air!

===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

===================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light
dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,
api rumah aku dah kena potong!

===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada
aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau
orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

===================================

SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

===================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang
merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang
signboard "SILA DATANG LAGI"

kisah di pasar

sila bc cite di bwh:
Satu pagi di pasar tani,ramai sangat yang datang membeli.Tiba-tiba seorang makcik bertanya kepada seorang yang berunifom segak mungkin pbt kot atau pegawai kdn hep.
Makcik:Kenapa harga barang tak turun cik?
Encik:Mungkin mereka tunggu kot.
Makcik:Tunggu siapa?
Encik:Tunggu hujanlah
Makcik:Kenapa mesti tunggu hujan?
Encik:Yelah bila hujan saja baru turun semuanya.
Makcik:Yelah,bila hujan kenalah turun kan tingkap kereta.kalau tak basah nanti.
Encik:Betul tu,lagi satu nanti ada pilihanraya kecil kat pantai timur.tentu harga mesti turun nak pikat pengundi...he.he..